Perginya Nenek Tercinta

Dikeheningan pagi ahad 26/4/2009 nenekku sebelah abah yang berusia 85 tahun telah pergi meninggalkan anak menantu, cucu-cucu serta cicitnya. Tatkala menerima khabar sedih ini, aku masih berada di rumah ibuku di Felda Pemanis. Kami mengetahuinya kira-kira pukul 12.30 tgh hari, setelah mengetahui berita ini mak dan abah terus bersiap untuk menuju ke Pekan Ayer Panas. Kerana menurut khabar yang dibawa, nenek ku meninggal kira-kira pukul 10.50 pagi. Jadi sepatutnya pengkebumian akan dilangsungkan pada selepas zuhur.

Kami tiba di perkarangan rumah pakteh kira-kira pukul 2.30 petang dan jenazah masih belum dimandikan lagi, sekurang-kurangnya kami masih belum terlewat untuk turut sama menguruskan jenazah. Sebak mengenangkan kami tidak berada bersama beliau tatkala menghembuskan nafas terakhir.

Kami mendokan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Amin…. Al-Fatihah…

Fenomena Kena Tindih

Kepercayaan atau kebenaran

Hanya untuk berkongsi maklumat… saya ada terbaca segmen pengalaman menyeramkan dalam     ‘Book and  Readings ‘, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni… betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau hantu.

Ramai antara kita yang menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada… nampak benda2 pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).

Kalau saya tanya, saya yakin mesti ramai jawab pernah kena. Saya pun secara jujur mengakui pernah ada pengalaman kena ‘tindih’ ni masa sekolah menengah dulu. Adalah dalam 3-4 kali jugak. Masa tu saya sedar… boleh bukak mata separuh. Saya tau saya sedar… tapi takleh gerak. Kengkadang geram gak sbb takleh gerak… pastu 5 minit barulah leh gerak. Saya dulu pun takut… mmg ingatkan kena hempap dah… lepas boleh gerak tu seram sejuk jer…

Tapi setelah saya dewasa dan banyak membaca pasal biologi tubuh badan manusia, barulah saya tau kebenaran dia. Ni saya nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih ni atau nama medicalnya ‘sleep paralysis‘.

Sleep paralysis atau dimelayukan ‘lumpuh waktu tidur’ adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage  (rapid eye movement) …. waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap… REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS – Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on…. kirenyer screen saver laaa or hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik… kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik…. mmg menakutkan tapi benar.

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer… tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/ tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men’trigger’ sleep paralysis:

1.      tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2.      jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3.      sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu… penat sgt)

4.      stress yang byk kat otak… masalah keluarga, kewangan, bla2…

5.      pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal…aktiviti extreme)

6.      orang yang ader penyakit narcolepsy

So janganlah lagi percaya kononnya kena tindih ngan hantu hempap-hempap.  Sebenornya korang  lagi hantu!!!

Boikot Israel Jahanam

Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!

Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin. Kenapa kita masih bergantung pada hasil produk keluaran yahudi yang terang-terangan menganiaya masyarakat islam.. kini kezaliman semakin teruk malah boleh dikatakan tahap melampau.. tetapi apakah tindakan negara islam dunia.. tiada…

Oleh itu marilah kita berjihad dengan sekecil-kecil jihad yang boleh, bencilah didalam hati juga jihad, keluarkan harta untuk jalan Allah juga jihad… atau setidaknya elakkan barang-barang keluaran yahudi ini… Insyallah..

Bagi yang berniaga runcit, jangan terima produk berjenama yahudi, bagi yang pembeli jangan pandang keluaran kafir laknat ini, bersama-sama kita bersatu hati…

AOL Time Warner Apax Partners & Co Ltd
Coca-Cola Danone
Delta Galil Disney
Estée Lauder IBM
Johnson & Johnson Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd L’Oreal
Marks & Spencer Nestle
News Corporation Nokia
Revlon Sara Lee
Selfridges The Limited Inc
Home Depot Intel
Starbucks Timberland
McDonald’s Arsenal FC

« Older entries